Followers

Sunday, August 10, 2014

air mata ku di depan abang kandung.

assalamualaikum.
susah untuk aku keluarkan air mata ni.
aku bukan sorang yang suka bersedih.
tapi aku jugak ada perasaan.

pagi raya.
tiba masa untuk melutut mohon maaf dari atok sampai ke adik sedara.
aku salam atok ayah emak makcik pakcik. air mata aku langsung tak menitik.

bila aku salam abang kandung aku sendiri.
automatik air mata aku mengalir deras.
salaman tangan aku tangan abang tak lepas.
muka ku tunduk kebawah menahan sedih. menahan pilu.
aku tak dapat kawal perasaan.
aku menangis di depan abang. di depan semua darah daging aku.
kesedihan aku cuma aku dengan Allah je tahu.
sebak bila kenangkan pengorbanan dia pada aku.

kenapa aku nangis depan abang? tak depan mak ayah atau atok?
satu benda yang aku nak semua tahu.
aku cuma punya seorang abang. 
walaupun ayah masih ada. dia dah pegang tanggungjawab ayah.
bila aku sakit, aku kebulur, aku pedih.
abang akan selalu ada untuk aku.
dia tahu macam mana sakitnya hidup jauh tanpa mak ayah ni.
dia dah pernah terseksa macam aku terseksa sekarang.
dan dia tak nak aku rasa sama macam dia rasa masa dekat penang dulu.

bila ingat semua pengorbanan dia.
sumpah aku tak dapat tahan air mata aku.
aku tak tahu lepas ni aku dapat balas jasa dia ke tak.
dia dah banyak habis duit untuk adik adik dia walaupun dia perlukan duit.
dia sanggup kerja siang malam untuk bantu ringankan beban ayah.
Allah  cuma bagi aku seorang abang. tapi cukup untuk semuanya.
gelak. sedih. susah. senang. masalah. 
semua dengan dia.

aku hidup dengan dia lebih kurang 20 tahun. banyak kenangan. banyak kisah. banyak sejarah yang aku buat dengan dia.
aku tak pernah ada abang angkat. sebab aku dah cukup punya satu abang.

"abang. aku harap kau paham kenapa aku menangis depan kau masa raya hari tu. aku harap dapat rasa apa yang aku rasa selama ni. aku nak kau tahu yang aku cuma ada engkau. abang aku cuma satu. maaf sebab susahkan kau selama aku hidup ni. maaf jugak sebab seksa jasad kau yang kerja siang malam untuk keluarga. andai aku dah mampu nanti. aku akan usaha ganti tempat engkau pulak. tolong adik. andai jodoh kau makin hampir. aku akan usaha ringankan bebankau nanti. semoga kau sentiasa sihat, bahagia bersama bakal akak ipar aku. dan satu perkara lagi. aku sayang kau sampai mati."

terima kasih untuk segalanya 
MUHAMMAD SHAFIQ BIN SAAD.
kau abang terbaik dalam hidup aku.

Monday, July 21, 2014

diari ramadhan awe ep2

hari ini hari selasa. bermakna lagi dua hari aku nak balik johor.
mungkin hari ni aku berbuka dekat luar dengan budak rumah.
sebabnya selama puasa ni kitorang tak pernah berbuka dekat luar.
so planning hari ni nak buka dekat luar la.

tapi aku bukan nak cerita pasal hari ni. aku nak cerita pasal hari hari yang lepas.
dua tiga minggu yang lepas kan aku kerja dengan cousin aku. 
so dari situ aku dapat belajar tentang berniaga.
tapi sebelum ni pun aku pernah niaga. dari darjah empat.tolong mak niaga.
tapi time tu aku tak pike apa pun. pike nak upah je.

masa aku niaga. aku cuba belajar memberanikan behadapan dengan orang yang tak kenal dengan aku.
cuba besuara. tapi aku malu. ish. awe malu? hahaha. g mampos.
kerja aku start 3.30ptg sampai berbuka.
kau kena ingat melayu kalau kerja macam mana. 3.45 atau 3.50 baru sampai.
kerja aku sedia kan tempat letak makanan. tambah sos yang dah nak habis. goreng makanan. dan layan pelanggan.
majoriti pelanggan yang beli adalah student sem 1 sem 2. bermakna aku lagi tua dari dorang la.
kemon lah. aku sem7 kot. 
dan majoriti jugak yang tak tahu aku still study. yang tu dah boleh pergi lantak.
dan time semua dah settle. tinggal nak habiskan jualan. 
awek awek pulak lalu depan aku. pergh. pergh pergh.
tapi tak yah risau. aku tak usya lah. aku dah ada cik anis pendek tu.
just cuci cuci mata boleh lah. 
 macam tak menarik je cerita gua hari ni. hambar sia..

ok. tukar topik. masa baru baru puasa hari tu. kemain rajin ke surau.
hujung hujung. terbongkang dekat bilik mengah. makin malas pulak nak ke surau masjid.
biasa lah. melayu kan. awal awal je masjid penuh.
hujung hujung ke laut.

pasal berbuka. aku tak keluar duit. mana makanan yang tak habis jual. bedal la sampai kenyang.
air free. cousin jual air. memang gua amek tak bayar la. jahat siak. macam mana la dia nak untung.
aku punca dia rugi. tapi tu dah hujung2. bagi la lebih sikit buat beli gula. ingat aku tak de hati perut ke.
awe baik kot.dan sahur aku bedal nasi yasmeen. dulu makan rm4.00 dah kira mahal. sekarang rm5.00 pun tak de hal. sedap gila babs la kuah dia. tapi tak penting pun nak cerita pasal nasi tu.
kalau tak berniaga. mesti tak de makanan. so aku follow budak rumah pergi buka dekat masjid. nampak free kan.tekak kena tahan jelah kalau tak sedap. tapi yang penting perut kenyang sudah.

dan terakhir pasal bulan ni. rasanya bulan puasa terakhir aku dekat kedah ni. tahun depan dan terus depan aku akan berbuka dengan mak ayah. atau lebih baik lagi aku akan berbuka dengan isteri dan anak anak. ceh. awe berangan. apa apa pun banyak kenangan puasa dekat jitra ni. 4tahun aku puasa dekat sini. lama la tu. sem 1.sem3.sem5.sem7. fuh. abang senior. 

the best partner dekat jitra ni mesti lah budak rumah sendiri. keluar sesama. makan selantai. minum se strow. tidur sebantal. uk uk semangkuk. mandi sepaip. 
tu la anaz arief nick chai dan awe palikat. dari sem 1 sampai sem6. 
tak terkira berapa banyak gambar kitorang. tapi lagi banyak kenangan kitorang.

dah la. tulis panjang panjang pun bukan ada orang yang baca.
k.bye

Thursday, July 3, 2014

diari ramadhan awe. ep1

assalamualaikum.
kekalutan dikala si anak  berjauhan.
itu aku. jauh dari pandangan mak ayah. 
sayu. 
tatkala orang sekeliling pulang ke kampung menyambut ramadhan.
aku di sini sendirian.
berbekalkan iman yang ada. aku gagahkan jua.
ramadhan kali ke 4 di utara tanah air.
ramadhan kali ke 4 juga tidak bersama keluarga.
sedih.

sudah lama isi hati meluahkan rasa ingin 
"berubah".
berubah ke jalan Allah. akan tetapi agak payah untuk melakukannya.
kerna aku bukan sebaik manusia.

aku mulakan perubahan dengan langkah perlahan.
kemudian aku pasakkan amalanku.
dan ramadhan hadir. aku sedia ke rumah Allah.

malam pertama ke terawih. 
aku amat teruja. sebesar besar masjid. aku tak dapat masuk kedalam nya.
begitu ramai hamba Allah ingin menuntut pahalanya.
dan hati ku terdetik. "kenapa tak de dekat kampung aku"
akhirnya aku mengalah dan ke surau yang berdekatan.
aku juga turut teruja apabila tibanya di surau.
dengan kehadiran umat Muhammad. surau tu penuh hingga ke hujung ruang.
alhamdulillah. ada tempat untuk ku.
selesai berterawih.pulang. dan niat puasa lalu lelapkan mata.
terjaga ku oleh kerana sahur.
apa yang termampu cuma burger dan teh ais.
semua kedai tutup. rumit.

tersentak dari lamunan. aku bangun mandi dan terus lakukan zohor.
selesai dan sambung rehat.
bersiap sedia ke asar dan mandian untuk maghrib.
aku ke masjid untuk berbuka.
demi kekangan wang. aku ke sana dan berjemaah maghrib.
dan sambung terawih ku.

dan hari kedua lakukan rutin yang sama.

puasa ketiga kaki ku melawat kawan yang kemalangan.
ku lihat sekeliling. ku ucap syukur kerana keluarga dalam kesihatan yang baik.
hati ku berkata"satu hari nanti aku pasti di sini" 
selagi mampu beribadah
. aku usaha.
selesai dan pulang mencari juadah.
dan malam ku bersama terawih.

ramadhan ke empat.
aku mula menolong sepupu ku berniaga.
aku tidak melihat pada nilai upah yang ku dapat.
satu dalam hati ku. "cari pengalaman"
alhamdulillah. juadah ku tidak  perlukan bayaran.
minuman ku tidak perlukan duit.
rezeki bulan puasa.
dan lebihan aku bawa untuk kawan di rumah.
dalam diri keadaan penat. gagahkan jua ke surau.
terawih dan tidur.

ramadhan ke lima.
waktu pagi ku di kelas. waktu petang ku di tapak niaga.
seperti biasa. aku mencari pengalaman. belajar memasak. belajar bersuara.
belajar melayan pelanggan. dan waktu berbuka tiba.
selesai mengemas dan ke rumah jantung hati untuk ambil duit beli tiket.
rehat ku seketika dan gerak ke kaunter tiket bas untuk pulang berhari raya.
malam ku ini tidak ke surau. tidak sempat dan letih.
sahur ku  tak sempat.
dan lena ku kembali.

.
harap ramadhan kali ini tak merugikan aku.


Thursday, March 27, 2014

aku dan housemate.

di satu petang yang hening.
hanya terdengar putaran kipas. 
aku terpandang nik. kelihatan mukanya yang serabut.
"awe, aku ada masalah sikit lah"
"apa masalah kau ni. kalau rasa nak share. share lah"
bermulanya dengan ayat tu. sembang punya sembang.
sampai lah nick nak pergi jumpa customer dia.
"awe,jom ikut aku pergi jumpa customer" "ok jom. aku pun pisang terok duduk rumah ni"
dalam keadaan separuh siap. aku sarong je baju apa yang ada. dan terus melulu ke kereta nick.
"cepat sikit awe"
jeritan dari dalam kereta.
"kita pergi makan dulu eh, aku lapar lah" "tak kisah nick. kau yang drive"
nick sambung cerita dia dari dalam bilik dia tadi. dan aku setia mendengar.
sampai lah ke kedai makan. order nasi dengan air. dan aku cuma minum limau ais. 
sambil sedut air. aku lihat nick makan dengan tertibnya. lalu di sambungnya kisah tadi.
"benda ni rumit nick. apa yang aku boleh tolong kau, dengar dan bagi pendapat dekat kau. aku cerita dari pengalaman aku."
sambil aku bercerita, aku lihat riak wajah nick. kekusutan di mukanya makin jelas. makin berserabut.
aku rasa apa yang kau rasa nick. aku pernah alami apa yang kau alami sekarang.
nasi pun habis ditelan. air habis di sedut.
sambung perjalanan.
aku tak tahu nick nak jumpa customer dia dekat mana. aku cuma ikut.
dengan kelajuan kereta yang rendah. nick memandu dalam kedaan kecewa hampa.
aku yang di sisi nampak matanya berkaca. seolah olah air matanya hampir menitis.
tapi aku tahu. nick takkan nangis depan aku.
di kiri aku sawah, di kanan nick juga sawah.
sampai satu benda yang aku tak sangka. nick luahkan semua.
dan satu benda tu buat aku betul betul terkejut.
ini memang perit.
aku masih tak percaya. keadaan dalam kereta kembali sunyi.
nick diam. aku diam.
aku tak mampu berkata kata. ia betul betul rumit dan pedih.
tiba tiba nick buat u turn. patah balik ke jitra.
dalam hati. cuma Allah yang tahu hati dan perasaan nick. aku di sisi cuma mampu tenangkan nick.
perlahan lahan kereta di pandu nick sampai ke rumah costumer.
lepas hantar barang customer.
nick bawak aku ke tasik darul aman. 
"jom awe, kita lepak tasik." "jom jelah. aku tak de hal"
setibanya di tasik ingat nak lepak je. tak sedar dah berjalan separuh dari kawasan tasik.
dan terus bercerita tentang hidup masing masing. kau macam tu aku macam ni.
luahkan perasaan sepuas puasnya.
hingga ruang langit menjadi gelap.
"jom gerak" "jom"
"eh, aku nak beli air kejap""kau beli air, aku beli keropok"
sambil berjalan. sambil makan.
"eh, lek dulu, balik awal awal buat apa""ok lepak sini"
kunyah keropok. minum air. kembali kunyah.
dan aku masih setia mendengar.
habis keropok. habis air. gerak balik rumah.
dan sesampainya di rumah. wajah nick langsung tak nampak sedih.
aku perhati dalam diam.
dia masih mampu bergelak dengan housemate lain.
dalam hati
"hebat kau nick"

apa yang kita nampak. selalunya tak semuanya betul.
biasanya kita akan nampak orang lain bergelak tawa. tapi hakikatnya. cuma Allah dengan dia je yang tahu.
seksa luka pedih semua. dan masih mampu tersenyum.
kadang kita susah nak share masalah dekat orang lain kerana kuatir orang yang mendengar tu akan bercerita dekat orang lain pulak.
tapi percaya lah. aku dah janji dengan kau nick. aku akan rahsiakan semuanya.
dan aku harap aku ada dekat sebelah kau setiap kali kau sedih.
dan aku harap aku akan jadi pendengar setia kau sampai bila bila. maybe sampai anak cucu kau.
dan dan dan. 
dan aku harap kau percaya aku untuk semuanya.

bertalu hati di hiris halus
pedihnya teramat sakitnya terseksa
berakhir lelah jiwanya mulus
kau sahabat ku kau si setia.

Saturday, February 22, 2014

semangat

Lemah.
Itu yang aku rasa buat masa ni.
Aku jatuh tersungkur lalu dihempap masalah yang tiada siapa tahu melainkan emak.
Aku tersungkur di dalam emosi ku sendiri.
Mereka hanya nampak gelak tawa ku. 
Itu normal.
Dan yang mengenali pasti akan tahu bila aku tersembam jatuh dalam emosi sendiri.

Waktu berputar. Siang malam saling berganti.
Aku rindukan saat aku bekerja.
Saat menunggu keputusan ipta.
Bertungkus lumus mencari duit sendiri untuk sambung belajar.
Aku bercampur dengan si dewasa. Si punya pengalaman yang luas. Si pencerita yang hebat. Si ketua yang bijak.
Mereka mereka yang menaikkan semangat aku untuk terus cekal mencari rezeki. Berfikiran luar kotak.  Berani mencari risiko.
Mereka juga yang ada saat aku jatuh.
Mereka berjasa.

Demi ilmu. 
Aku kerja dari awal pagi hingga lewat malam. Untuk bekalan ke puncak pengajian. Untuk meringankan beban si ayah.
Dan ini tiada siapa tahu.
Begitu gigih aku bekerja. Begitu kuat aku tahan kesempitan. Begitu hebat aku mendapat cacian.
"Bangla pun cuti lah hari ni. Kau lagi teruk dari bangla"
Sampai mati aku takkan lupa ayat ni.

Semua semangat itu aku perlukan sekarang.
Kerana.
 Aku jauh terpesong dari laluan ke puncak ilmu.
Aku tergelincir dari dunia fana.
Aku terjatuh ke lembah kegelapan.
Aku tersilap arah aku sebenar.
Aku khayal dengan keseronokan.

Semangat.
Aku perlukan kalian sekarang.
Aku sangat memerlukan.
Aku terlalu perit tanpa kalian.
Aku jatuh tersungkur buat masa ini.
Mana tangan yang selalu hulur pada ku dan menarik ke atas untuk bangun. Mana?

Aku sendiri.
Kelam.
Terperosok dalam.
Diam.
Dan semangat ku kian malap.

Semangat.
Dahulu kita sama sama berani naik ke atas bumbung. Demi berjumpa dengan si seringgit.
Dahulu kita sama sama tahan terik matahari. Demi sebutir nasi.
Dahulu kita sama sama ikat perut. Demi permintaan si emak.
Dahulu kita kita sama sama di caci. Demi si abang yang perlukan bantuan.
Dahulu kita sama sama menangis. Demi melihat si keluarga tersenyum riang.
Dan dahulu kita sama sama tersenyum. Demi membahagiakan si adik kembar.

Air mata ku menitik. 

Friday, February 21, 2014

sudut terpendam.


bila kau ada. aku terdiam.
menatap di pelusuk. wajah mu.
bila kau jauh. aku terbayang.
bayang ada bila kau di sisi.

di sudut hati ku. ku ingin dampingi kamu.
di sudut waktu ku. ku ingin bersama mu.
bila ada ketika. aku mula merasa.
bila ada masa. aku mula resah.
resahkan diri mu.

izinkan aku memeluk mu. untuk kali terakhir nyawa ku.
izinkan aku kucup bibir mu. untuk kali terakhir nafas ku.
aku akan pergi.
pergi dan tak kembali.


*lirik ciptaan diri sendiri*


Saturday, January 25, 2014

kembali ke pangkal.

bismillah.
akhir perjalanan aku buat keputusan muktamad.
untuk puaskan hati semua orang.
untuk tunaikan permintaan orang.
untuk masa depan aku.

setiap yang bergerak. akan ada hentinya.
dan keputusan akhir itu dari aku sendiri.
berani tampil ke hadapan. berani juga langkah kebelakang.
aku pergi.

walaupun tak dapat di timbang dengan kilo.
namun ia amat berat untuk di terima.
 fantasi manusia masih lagi mampu berdiri. realiti dunia semua orang kena akur.
akur sama ada redha atau pasrah.
aku pilih hakikat.

engkau berani ke pantai indah. 
engkau juga kena berani berhadapan dengan badai laut.
sekali hempas. kau lemas  atau mati.
mati dalam perasaan kecewa.
lemas dalam situasi hampa.

kenangan itu indah. tapi ia sementara.
sejarah itu menarik. tapi ia yang lepas.
hidup dengan kenangan atau mula dengan harapan.
aku pilih dengan rancangan.

dan aku.
aku runtuhkan sendiri hubungan itu.
aku hancurkan sendiri perasaan itu.
aku langgar sahaja apa yang ada dihadapan.
aku pilih penamat.