Followers

Thursday, July 3, 2014

diari ramadhan awe. ep1

assalamualaikum.
kekalutan dikala si anak  berjauhan.
itu aku. jauh dari pandangan mak ayah. 
sayu. 
tatkala orang sekeliling pulang ke kampung menyambut ramadhan.
aku di sini sendirian.
berbekalkan iman yang ada. aku gagahkan jua.
ramadhan kali ke 4 di utara tanah air.
ramadhan kali ke 4 juga tidak bersama keluarga.
sedih.

sudah lama isi hati meluahkan rasa ingin 
"berubah".
berubah ke jalan Allah. akan tetapi agak payah untuk melakukannya.
kerna aku bukan sebaik manusia.

aku mulakan perubahan dengan langkah perlahan.
kemudian aku pasakkan amalanku.
dan ramadhan hadir. aku sedia ke rumah Allah.

malam pertama ke terawih. 
aku amat teruja. sebesar besar masjid. aku tak dapat masuk kedalam nya.
begitu ramai hamba Allah ingin menuntut pahalanya.
dan hati ku terdetik. "kenapa tak de dekat kampung aku"
akhirnya aku mengalah dan ke surau yang berdekatan.
aku juga turut teruja apabila tibanya di surau.
dengan kehadiran umat Muhammad. surau tu penuh hingga ke hujung ruang.
alhamdulillah. ada tempat untuk ku.
selesai berterawih.pulang. dan niat puasa lalu lelapkan mata.
terjaga ku oleh kerana sahur.
apa yang termampu cuma burger dan teh ais.
semua kedai tutup. rumit.

tersentak dari lamunan. aku bangun mandi dan terus lakukan zohor.
selesai dan sambung rehat.
bersiap sedia ke asar dan mandian untuk maghrib.
aku ke masjid untuk berbuka.
demi kekangan wang. aku ke sana dan berjemaah maghrib.
dan sambung terawih ku.

dan hari kedua lakukan rutin yang sama.

puasa ketiga kaki ku melawat kawan yang kemalangan.
ku lihat sekeliling. ku ucap syukur kerana keluarga dalam kesihatan yang baik.
hati ku berkata"satu hari nanti aku pasti di sini" 
selagi mampu beribadah
. aku usaha.
selesai dan pulang mencari juadah.
dan malam ku bersama terawih.

ramadhan ke empat.
aku mula menolong sepupu ku berniaga.
aku tidak melihat pada nilai upah yang ku dapat.
satu dalam hati ku. "cari pengalaman"
alhamdulillah. juadah ku tidak  perlukan bayaran.
minuman ku tidak perlukan duit.
rezeki bulan puasa.
dan lebihan aku bawa untuk kawan di rumah.
dalam diri keadaan penat. gagahkan jua ke surau.
terawih dan tidur.

ramadhan ke lima.
waktu pagi ku di kelas. waktu petang ku di tapak niaga.
seperti biasa. aku mencari pengalaman. belajar memasak. belajar bersuara.
belajar melayan pelanggan. dan waktu berbuka tiba.
selesai mengemas dan ke rumah jantung hati untuk ambil duit beli tiket.
rehat ku seketika dan gerak ke kaunter tiket bas untuk pulang berhari raya.
malam ku ini tidak ke surau. tidak sempat dan letih.
sahur ku  tak sempat.
dan lena ku kembali.

.
harap ramadhan kali ini tak merugikan aku.


No comments:

Post a Comment