Followers

Thursday, March 27, 2014

aku dan housemate.

di satu petang yang hening.
hanya terdengar putaran kipas. 
aku terpandang nik. kelihatan mukanya yang serabut.
"awe, aku ada masalah sikit lah"
"apa masalah kau ni. kalau rasa nak share. share lah"
bermulanya dengan ayat tu. sembang punya sembang.
sampai lah nick nak pergi jumpa customer dia.
"awe,jom ikut aku pergi jumpa customer" "ok jom. aku pun pisang terok duduk rumah ni"
dalam keadaan separuh siap. aku sarong je baju apa yang ada. dan terus melulu ke kereta nick.
"cepat sikit awe"
jeritan dari dalam kereta.
"kita pergi makan dulu eh, aku lapar lah" "tak kisah nick. kau yang drive"
nick sambung cerita dia dari dalam bilik dia tadi. dan aku setia mendengar.
sampai lah ke kedai makan. order nasi dengan air. dan aku cuma minum limau ais. 
sambil sedut air. aku lihat nick makan dengan tertibnya. lalu di sambungnya kisah tadi.
"benda ni rumit nick. apa yang aku boleh tolong kau, dengar dan bagi pendapat dekat kau. aku cerita dari pengalaman aku."
sambil aku bercerita, aku lihat riak wajah nick. kekusutan di mukanya makin jelas. makin berserabut.
aku rasa apa yang kau rasa nick. aku pernah alami apa yang kau alami sekarang.
nasi pun habis ditelan. air habis di sedut.
sambung perjalanan.
aku tak tahu nick nak jumpa customer dia dekat mana. aku cuma ikut.
dengan kelajuan kereta yang rendah. nick memandu dalam kedaan kecewa hampa.
aku yang di sisi nampak matanya berkaca. seolah olah air matanya hampir menitis.
tapi aku tahu. nick takkan nangis depan aku.
di kiri aku sawah, di kanan nick juga sawah.
sampai satu benda yang aku tak sangka. nick luahkan semua.
dan satu benda tu buat aku betul betul terkejut.
ini memang perit.
aku masih tak percaya. keadaan dalam kereta kembali sunyi.
nick diam. aku diam.
aku tak mampu berkata kata. ia betul betul rumit dan pedih.
tiba tiba nick buat u turn. patah balik ke jitra.
dalam hati. cuma Allah yang tahu hati dan perasaan nick. aku di sisi cuma mampu tenangkan nick.
perlahan lahan kereta di pandu nick sampai ke rumah costumer.
lepas hantar barang customer.
nick bawak aku ke tasik darul aman. 
"jom awe, kita lepak tasik." "jom jelah. aku tak de hal"
setibanya di tasik ingat nak lepak je. tak sedar dah berjalan separuh dari kawasan tasik.
dan terus bercerita tentang hidup masing masing. kau macam tu aku macam ni.
luahkan perasaan sepuas puasnya.
hingga ruang langit menjadi gelap.
"jom gerak" "jom"
"eh, aku nak beli air kejap""kau beli air, aku beli keropok"
sambil berjalan. sambil makan.
"eh, lek dulu, balik awal awal buat apa""ok lepak sini"
kunyah keropok. minum air. kembali kunyah.
dan aku masih setia mendengar.
habis keropok. habis air. gerak balik rumah.
dan sesampainya di rumah. wajah nick langsung tak nampak sedih.
aku perhati dalam diam.
dia masih mampu bergelak dengan housemate lain.
dalam hati
"hebat kau nick"

apa yang kita nampak. selalunya tak semuanya betul.
biasanya kita akan nampak orang lain bergelak tawa. tapi hakikatnya. cuma Allah dengan dia je yang tahu.
seksa luka pedih semua. dan masih mampu tersenyum.
kadang kita susah nak share masalah dekat orang lain kerana kuatir orang yang mendengar tu akan bercerita dekat orang lain pulak.
tapi percaya lah. aku dah janji dengan kau nick. aku akan rahsiakan semuanya.
dan aku harap aku ada dekat sebelah kau setiap kali kau sedih.
dan aku harap aku akan jadi pendengar setia kau sampai bila bila. maybe sampai anak cucu kau.
dan dan dan. 
dan aku harap kau percaya aku untuk semuanya.

bertalu hati di hiris halus
pedihnya teramat sakitnya terseksa
berakhir lelah jiwanya mulus
kau sahabat ku kau si setia.

No comments:

Post a Comment