Followers

Saturday, February 22, 2014

semangat

Lemah.
Itu yang aku rasa buat masa ni.
Aku jatuh tersungkur lalu dihempap masalah yang tiada siapa tahu melainkan emak.
Aku tersungkur di dalam emosi ku sendiri.
Mereka hanya nampak gelak tawa ku. 
Itu normal.
Dan yang mengenali pasti akan tahu bila aku tersembam jatuh dalam emosi sendiri.

Waktu berputar. Siang malam saling berganti.
Aku rindukan saat aku bekerja.
Saat menunggu keputusan ipta.
Bertungkus lumus mencari duit sendiri untuk sambung belajar.
Aku bercampur dengan si dewasa. Si punya pengalaman yang luas. Si pencerita yang hebat. Si ketua yang bijak.
Mereka mereka yang menaikkan semangat aku untuk terus cekal mencari rezeki. Berfikiran luar kotak.  Berani mencari risiko.
Mereka juga yang ada saat aku jatuh.
Mereka berjasa.

Demi ilmu. 
Aku kerja dari awal pagi hingga lewat malam. Untuk bekalan ke puncak pengajian. Untuk meringankan beban si ayah.
Dan ini tiada siapa tahu.
Begitu gigih aku bekerja. Begitu kuat aku tahan kesempitan. Begitu hebat aku mendapat cacian.
"Bangla pun cuti lah hari ni. Kau lagi teruk dari bangla"
Sampai mati aku takkan lupa ayat ni.

Semua semangat itu aku perlukan sekarang.
Kerana.
 Aku jauh terpesong dari laluan ke puncak ilmu.
Aku tergelincir dari dunia fana.
Aku terjatuh ke lembah kegelapan.
Aku tersilap arah aku sebenar.
Aku khayal dengan keseronokan.

Semangat.
Aku perlukan kalian sekarang.
Aku sangat memerlukan.
Aku terlalu perit tanpa kalian.
Aku jatuh tersungkur buat masa ini.
Mana tangan yang selalu hulur pada ku dan menarik ke atas untuk bangun. Mana?

Aku sendiri.
Kelam.
Terperosok dalam.
Diam.
Dan semangat ku kian malap.

Semangat.
Dahulu kita sama sama berani naik ke atas bumbung. Demi berjumpa dengan si seringgit.
Dahulu kita sama sama tahan terik matahari. Demi sebutir nasi.
Dahulu kita sama sama ikat perut. Demi permintaan si emak.
Dahulu kita kita sama sama di caci. Demi si abang yang perlukan bantuan.
Dahulu kita sama sama menangis. Demi melihat si keluarga tersenyum riang.
Dan dahulu kita sama sama tersenyum. Demi membahagiakan si adik kembar.

Air mata ku menitik. 

No comments:

Post a Comment