Followers

Saturday, January 25, 2014

kembali ke pangkal.

bismillah.
akhir perjalanan aku buat keputusan muktamad.
untuk puaskan hati semua orang.
untuk tunaikan permintaan orang.
untuk masa depan aku.

setiap yang bergerak. akan ada hentinya.
dan keputusan akhir itu dari aku sendiri.
berani tampil ke hadapan. berani juga langkah kebelakang.
aku pergi.

walaupun tak dapat di timbang dengan kilo.
namun ia amat berat untuk di terima.
 fantasi manusia masih lagi mampu berdiri. realiti dunia semua orang kena akur.
akur sama ada redha atau pasrah.
aku pilih hakikat.

engkau berani ke pantai indah. 
engkau juga kena berani berhadapan dengan badai laut.
sekali hempas. kau lemas  atau mati.
mati dalam perasaan kecewa.
lemas dalam situasi hampa.

kenangan itu indah. tapi ia sementara.
sejarah itu menarik. tapi ia yang lepas.
hidup dengan kenangan atau mula dengan harapan.
aku pilih dengan rancangan.

dan aku.
aku runtuhkan sendiri hubungan itu.
aku hancurkan sendiri perasaan itu.
aku langgar sahaja apa yang ada dihadapan.
aku pilih penamat.



No comments:

Post a Comment