Followers

Wednesday, July 10, 2013

aku di pantai timur.

aku tak terfikir pun nak jejak kan kaki dekat tempat ni.
tapi rezeki tu kita tak tahu kan.
ada hamba Allah ajak aku ke sini.
aku terima pelawaan dia. dan hari ini aku di rumahnya berhadapan laut china selatan.

pada mulanya aku agak berat nak terima pelawaan dia kerana ada kelas pada hari khamis.
tapi rezeki Allah nak tunjuk. kelas hari khamis dibatalkan. 
aku ikut dia pulang ke kampung.

rabu pagi bersamaan 1 ramadhan. 
aku bangun dan kemas barang lalu si pijol menghantar aku ke alor star.
sampai di sana. hamba Allah tu pun dah tunggu depan bas.
terus aku ke bas dan naik bersama.
tenaga masih banyak. masa masih awal.
bas pun lembab nak bergerak.
tapi tak apa. masih boleh bersabar. 
alor star ke penang makan 2 sengah jam.
tak guna punya driver. dah la tua nak mati.

sampaikan di kuala lumpur. jam 4.30 petang. memang lembap bas ni.
nama bas pun tak pernah dengar.
setibanya di sana. driver suruh tukar bas. memang sial driver bas ni.
dah tukar bas. lembap itu pasti. yelah. kenapa? kuala lumpur dan kesesakan tak dapat dipisahkan.
bas ke arah pantai timur melalui janda baik, temerloh dan lokasi bas tu berhenti.

aku keliru dengan waktu berbuka di dalam bas. dimana aku sendiri tak tahu.
7.40 baru berbuka.
nasib hamba Allah ada bekalkan nugget dan anjing hot. 
air kosong dan nugget dah mencukupi. terlalu kenyang.
hamba Allah tu cukup caring dengan orang berpuasa. sebab dia tuuuut.

jam menunjukkan 10.30mlm dan bas pun sampai di lokasi tersebut.
ayah kepada hamba Allah tu dah lama tunggu kami. hinggakan tertidur.
Alangkah sayunya seorang ayah menanti anaknya hingga terlelap mata.
dalam aku tak sedar. ayahnya di hadapan aku.
dalam hati nak panggil abah. 
"pak cik~"
tu yang terkeluar dari mulut aku lalu aku bersalam dengan abah.
segan barangkali. sebab tu aku panggil pak cik.
setelah tiket balik kedah dibeli.
kami pulang ke rumah hamba Allah tu.
aku sangka rumahnya dekat.
tapi sangkaan aku meleset.
siap masuk highway. aku rasa jauh tu.

tiba tiba abah berhenti di kedai makan.
sesuai sangat lah tu. pundi aku dah penuh ni.
selesai tunai hajat. selesai order makanan. selesai kenyang.
satu benda yang aku loser gila bila dorang sembang. aku langsung tak paham.
aku dan hamba Allah ni pulang berjalan kaki. rumahnya tak jauh pun dengan kedai makan tu.
sambil berjalan. aku bakar cap "john" dan lihat kawasan sekeliling.
tenang amat. rileks. sejuk gila tuuuut. yelah. kawasan kampung. depan laut. mana tak sejuk.

aku letih lalu rebahkan badan di kusyen depan tv.
terlalu malas nak mandi dan tidur bersama pakaian yang kotor. it's me.
tahu tahu ada orang kejut suruh sahur. dia kejut sahur tapi dia tuuuut.
keropok,nasi goreng, lauk ape tah kaler hitam, air kopi, air sirap.
aku makan nasi goreng je dengan keropok. maaf. perut saya kecik.
aku tuang air sirap. abah tuang air kopi. air aku bercampur.
sangat sedap. sedap lah sangat.
kenyang dan sambung tidur.

7.39 pagi.
rasa tak selesa di telinga.
ya. sangat tak selesa lalu aku bangun.
hamba Allah ni ganggu aku tidur.
cakap jelah nak manja manja pepagi ni.
aku tak tumbuk muka dia lah kalau dia ngaku.

tiba tiba abah pelawa ajak pergi pukat ikan.
ye abah. aku pantang kalau orang ajak buat kerja ni.
semangat. tukar baju seluar. ikut abah kelaut.

mula mula pukat. hasil tak banyak. aku tengok muka abah pun sedih.
tapi. pukat sekali tak puas.
hasil ke dua tak memadai.

susun semula pukat. "cepak sikik~" abah selalu cakap macam ni 
sebab aku lambat. biasalah first time kot.

aku abadikan gambar ni bersama jersi selangor.
ni pasukan kedua aku selepas JDT.

setelah air laut naik. kami mula pulang kerumah.
keadaan dah tak sesuai nak berpukat.
dengan hujan dengan sejuk aku dengan abah pakai bedal balik rumah.

sampai rumah abah suruh aku asingkan ikan.
maaf. saya tak kenal ikan.
aku bedal je campur ikan sedangkan abah suruh asingkan.
and the last aku kena nganjing dengan hamba Allah sebab tak kenal ikan.
tapi satu ayat yang buat aku bangga kejap.
"mu cepak belajo.sekali je dah boleh buak. orang laing banyok kali nanye. pandai benanye mu nih"
wahhhh. aku bangga dalam hati jelah.

dah siap asingkan ikan. kerja hamba Allah pulak siang ikan.
dan aku pergi mandi. dah wangi wangi.
baru aku on loptop hamba Allah ni
dan aku ceritakan kisah aku di pantai timur.

No comments:

Post a Comment