Followers

Thursday, June 27, 2013

perjalanan aku.

bissmillah.
dari kecil ayah dah biasakan anak anak dia mencari sendiri. 
bermaksud disini 
"kalau kau nak benda tu. kau dapatkan sendiri."
sejak kecil kitorang adik beradik susah nak dapat sesuatu dari ayah.
ayah  bukan orang senang. cuma pemandu teksi sahaja.
kitorang tak pernah melancong dengan family masa kecil.
tapi itu semua tak penting. yang penting perut kenyang, tak bogel sudah.

ayah tak berminat nak bawa anak dia berjalan. 
ayah lebih suka lepaskan anak dia.
"kemana kau nak pergi lantak lah. asalkan kau balik rumah"
dengan cari ni. anak dia belajar berdikari.
kesan dia hari ini.
anak anak dia tak perlu
"ayah, bawak orang pergi sini, pergi sana, pergi situ"
sendiri ada kaki. sendiri gerak.
gerak pun~ tak de lah
"ayah, nak duit."
sendiri punya. sendiri settle lah.
kalau mintak jugak pun.
ayah akan bagi separuh dari yang diharapkan.
bermaksud disini
"aku tak nak ajar kau tadah tangan depan aku."

itu dahulu. kami masih sekolah.
hari ini anak ayah dah rasa 360 darjah apa yang ayah rasa.

tentang perasaan.
macam mana ayah dihina. ayah di pandang keji. ayah difitnah.
aku rasa situasi tu. ayah cerita segalanya pada aku.
bermakna disini
"aku percayakan anak anak aku"
esok lusa ayah dah tak de. aku yang pegang kisah hidup dia. kisah sejak dia sekolah depan rumah
sampai dia berhenti bernafas kelak.

perjalanan aku bersama ayah.
pengajaran yang orang sekeliling tak nampak.

setiap kali cuti semester.
aku pasti bekerja.
aku bekerja bukan untuk dapatkan gajet yang aku idamkan.
aku bekerja untuk sara diri aku sendiri.
bila?
sara diri sendiri untuk balik ke kedah nanti.
tambang bas berapa? motor servis berapa? hantar motor berapa?
makan setiap hari dah berapa? keperluan? bayar rumah sewa?
orang lain mungkin tak fikir kot.
tapi aku. aku fikir macam mana nak dapat duit.
ayah dah ajar anak dia tak menadah tangan depan dia.
kami bukan anak orang senang. tadah je dapat. call je bank in.

tak banyak. sikit pun. 
aku dah dapat ringankan beban ayah.
ayah dah tak pening pening nak cari duit untuk aku sambung study.

nampak hina sangatkan aku kerja jadi pencacai cina.
hari cuti kerja. bangla nepal myanmar pun cuti.
tapi aku masih bekerja.
"kau lagi terok dari bangla lah weyh. batak sangat cari duit. sampaikan dengan member pun tak nak lepak"
pergi lah mampos cibai. aku kerja bukan sebab batak duit.
aku bukan anak orang senang macam kau.
aku kerja nak tanggung diri sendiri.
mak bapak kau senang boleh lah sembang pukimak.

dah tiga tahun raya. 
esok nak raya ni. aku masih lagi kerja dengan cina. 
ingat suka suka je ke aku kerja sampai hari last puasa?
aku ada hala tuju aku. aku ada matlamat aku. aku ada prinsip aku.
kau? dah dibiasakan dengan lifestyle orang lama.
seminggu nak raya. dah menggelitat menggelabah. padahal lagi seminggu.

dalam masa aku kerja pun.
tak de lah tamak sangat dengan family.
raya di semester pertama aku dapat belikan mak ayah tv.
tv je pun. tak payah nak kecah kecah lah awe.
 oven aku belikan untuk kak ina.
buat kuih raya katanya.
raya di semester tiga aku belikan mak ayah kipas bilik.
aku kerja dua hari sebab kelas pack. sampai rumah lambat.
"lu mau amek gaji ka, mau angkat balang?"
"gua amek kipas jelas. gaji gua tak nak"
kerja penat nak mampos sampai malam.
tapi gaji aku cuma sebuah kipas.
semua orang tak pernah fikir kan? lelah yang aku habiskan masa nak raya macam mana?
"wan,kau tak penat ke kerja sampai malam?"
"macam ni lah leh, nak hidup. nak tak nak mesti kena kerja"
kalau letak kau sama macam aku. kau tak mampu kot.
kau tak tahan kot.
sakit hati dihina. perit bekerja bawah matahari. pedih dengan situasi.
perasaan berkecamuk. tak de siapa yang tahu.
kadang kadang rasa tak perlu bagitahu orang lain tentang sakit kita.
asalkan orang nampak kita happy sudah.

semester empat aku ada praktikal.
sebelum ni aku selalu ajak ayah usya home theater.
sebab ayah suka karaoke walaupun suara dia kelaut.
mak pun suka nyanyi.
dalam tak sedar aku praktikal.
aku dapat luck. boss nak tolak home theater dengan aku harga murah.
mungkin benda tu tak penting pada korang.
tapi aku beli juga dengan boss.
kenapa aku beli? sedangkan jadah tu bukan boleh mudahkan aku nak belajar?
aku beli sebab aku nak tengok mak ayah aku bergembira.
dorang jugak nak kan hiburan. sampai bila nak biarkan mak ayah aku hidup pada taraf tu je?
bila mak ayah berduet nyanyi.
aku tengok dari belakang rasa macam nak nangis lah weyh.
dulu ada mak ayah bawak kitorang pergi karaoke ke?
tak de. tapi hari ni anak dia yang belikan. anak dia yang pasangkan lagu tu.
anak dia yang adjustkan segala jadah pada home theater tu.
satu hari nanti aku pun tua jugak. sedih mak ayah mana kita nak tahu.
yang kita tahu mak ayah senyum lepastu tadah tangan.
tapi tu bukan aku.

"wan, mak nak cari belender lah. belender dah rosak"
"mak ilek je. balik kerja ada lah kot kalau orang ingat"
tengah kerja.
"weyh cibai, gua nak angkat belender"
"apa pukimak? lu nak angkat belender buat apa? bukan lu pandai masak pon"
"gua beli bukan gua nak masak lah cibet. mak gua yang nak.belender dah barai tu"
"mak lu nak? angkat murah2 dah la"
dengar mak aku nak. terus boss bagi harga kilang. 
tak macam untung pulak kan aku kerja dengan cina bukit ni.
"nah mak, ni belender yang mak nak"
"berapa ringgit?"
"ntah. tak tanya pulak harga. orang rembat ni dekat stor tadi"
acah acah mak nak bayar balik lah tu.
maaf mak. orang tak nak duit tu.

sampai lah habis praktikal.
aku datang kedai. boss cakap sale tak de.
tak mampu nak bayar gaji aku.
ok lah. dah tu dia cakap. aku blah lah.
sebelum tu mak cik dah call suruh datang rumah betulkan arial atas bumbung dengan aircond.
gerak lah rumah dia. tapi bawak tast pen je. tak cibai pulak aku. nak kerja.tapi barang tak de.
dah betulkan arial dengan aircond
"wan,mak cik nak kena bayar berapa ni?"
"tak yah lah mak cik. mak cik dengan cik man dah banyak buat jasa dengan orang"
"yeke ni?ok thank kiyu wan"
"apedehal, dengan mak cik sendiri pon nak berkira.terok lah"
time aku dah nak balik.
"berapa kena wan?"
"tak yah lah cik man. orang tak nak"
"amek duit ni!!. kalau tak kau jangan datang rumah aku lagi"
"ok ok. orang amek. thank cik man. ada pape problem call orang"
"haa. ok ok. elok elok bawak motor. kirim salam mak ayah kau"
aku buat kerja bukan nak duit. aku balas jasa dorang sejak dari aku kecik.
tak sangka pulak dia hulur 50. 
tu lah namanya rezeki.

aku dah pening fikir mana nak cari duit. nak masuk sem 5.
boss tak nak amek aku.
call jelah pak cik aku. dia on nak bagi aku kerja.
haa. siap lah kan. tangan dah pegang wayar. tiba tiba pegang kayu. memang kelaut lah cerita dia.
dengan maki makian dari cik man, hina hinaan dia. gua rilek je kerja.
dulu cina bukit maki gua lagi terok lah. so tak de hal dalam bab makian ni. dah biasa.
cukup masa.
aku nak balik poli. hari aku kemas barang balik rumah.
"kau nak gaji berapa wan?"
"hmmm.ntah lah. dah lah orang tak pandai buat kerja kayu. takkan nak bagi gaji besar pulak.
700 boleh makcik?"
"jap,call cik man kau"
"haa..cik man kau suruh amek 800. ni mak cik keluarkan cek. kau pergi bank eh"
"ok mak cik, tak de hal lah. benda senang"
nampak. rezeki dekat situ. 
aku harapkan sikit. Allah beri lebih.
tu pasal lah orang kata jangan kedek.

and the last of money.
duit macam air. punya laju keluar.
servis motor.pos motor. beli baju kelas. tiket. isi minyak. makan beli barang hangus.
800 tu dah lenyap.
tak nampak apa apa kan?
tapi tu lah cara aku tak nak susahkan ayah.

hari last aku dekat rumah
"lu balik sini bila lagi mat?ayah nak kamu buat wiring depan rumah"
"ntah. gua pon tak tahu balik bila. pape gua call lu"
"sorry lah. gua pening sikit ni. adik lu nak sambung sekolah. depan nak buat warong. duit gua tak de nak bagi lu"
"ayah, lu rilek sudah.lu tau kan gua kerja. so lu tak payah pening pening lah pike pasal duit untuk gua. gua tau lah mana nak korek duit."
kau boleh nampakkan ayah aku macam mana?
sakit sakit dia pun fikir macam mana nak bagi duit dekat aku.
tapi aku tak mintak dan tak amek pon duit ayah.

dah siap kemas barang. nak gerak.
aku salam mak. aku cium pipi mak kiri kanan
"belajar elok elok. bawak mak pergi langkawi"
gua dah nak melalak dah time tu.
"alah mak, tak yah menggelabah. nanti ada duit kita gerak jelah. mak, orang mintak maaf tau."
"mak hari hari doakan kebaikan kau."
"ok mak, gua gerak dulu. pape gua call"
time tu mak tengah buat tahu sumbat.
tak ke kempunan aku.

aku cari ayah. ayah bawah pokok baru lepas buat warong depan rumah.
"weyh, gua nak greak ni."
"lu naik ape?sape hantar?"
"member gua amek lah. tu kerete"
"owh. gua tak bute lagi lah"
"pape gua call lu. agak agak gua dah sangkak dekat kedah nanti. gua call lah lu. lu ilek je"
"ok ok. pergi lah kamu sane"
"ye, gua tau. lu dah bosan tengok muka gua. gua blah la ni. jumpa raya nanti. k gua gerak dulu."

dan hari ni aku di kedah.
duit gaji aku dah habis semua.
tinggal harapkan duit tptipu je. ni pun aku rasa nak cari part time.
tu pon kalau ada orang nak.
dah berapa minggu aku dekat sini.
langsung aku tak call mak ayah.
asal tak call?
aku tak nak dorang risau pasal aku. biar jelah.
better aku lost contact dengan mak ayah buat sementara.
asalkan aku tahu jalan balik rumah.
bukan nak lupakan. 
tapi ayah dah ajar berdiri atas kaki sendiri. 

saad bin piami.
tak punya kelulusan dalam pendidikan.
tapi mampu menjaga 6orang anak hingga besar dalam keadaan kurang selesa.
 my father.
merangkap seorang ayah, abang,adik dan member rapat.

merogol gay bukan budaya
berlari bogel bukan terbiasa
bukan apa bukan nak bangga
dia lah saad sangat ku puja.



No comments:

Post a Comment