Followers

Sunday, May 5, 2013

kecewa.

aku tak pernah mengundi.
tapi semangat aku seperti sedang menonton perlawanan bola sepak peringkat akhir JDT vs SELANGOR.
dari johor aku merantau ke kedah.
aku singgah di selangor.
dalam perjalanan, membuat aku terfikir tentang situasi dan perbezaan di utara dan selatan.
dalam perhentian, aku memahat semua kisah.
kisah tentang hal negara.
aku kecewa.

perbezaan orang yang berfikiran kekal dengan orang yang berfikir positif-negetif.
ketika aku kecil. fikiran aku terpalit satu ayat "dia bagus".
sampai bila-bila pun tetap bagus.
aku meneroka malaysia usia 15tahun. begitu lambat aku keluar dari kampung.
aku singgah ke negeri orang.
aku tatap situasi di tempat orang.
aku meneliti perbualan orang.
lantas aku berfikir jauh hingga10tahun kehadapan.

15tahun aku berfikiran kekal kerana aku tidak tahu tentang dunia luar.
hari ini aku buka mata,pasang telinga, buka hati. rasakan segala bagai perasaan manusia bergelar rakyat.

apa kau mahukan dunia yang terus dengan rasuah?
kehidupan yang makin terhimpit dengan harga barang semakin meningkat naik?
yang kaya akan terus mengumpul harta dan yang miskin terus sempit?
hutang pada negara tetapi langsai tanpa menggunakan duit?
pembebasan manusia yang rosak akhlak?
pembunuhan yang tidak dijatuhkan hukuman?
penjualan tanah pada orang yang tidak berhak?
ini adil? adakah ini seimbang?

kau nampak apa yang kau nampak.
kau cerita apa yang kau dengar.
tapi sayang, kau tak berfikir untuk anak cucu kau.

kau bercerita tentang keburukan orang.
tetapi kenapa kau tidak bercerita tentang keburukan kau jugak.

pelajar malaysia sendiri malu dengan sistem pemerintahan.
dan mereka menetap di luar negara.
kerana mereka tahu, mereka tidak mampu membuat apa apa sedangkan negara demokrasi.
rakyat yang menentukan.
kebanyakkan rakyat malaysia yang berfikiran luas duduk diluar negara.
mereka tahu tentang rasuah. penggunaan duit rakyat sesuka hati. 

dalam pemikiran melayu, melayu sangat taku apabila cina memerintah negara.
adakah anda sudah mengkaji undang-undang sistem pemerintahan negara?
pastinya tidak tahu bukan.
syarat paling utama ialah pemerintah itu bangsa melayu.
sudah cukup untuk aku jelaskan untuk syarat utama tu.
adakah cina layak untuk mejadi perdana menteri?
jawapan anda fikirkan sendiri.

tentang hudud.
orang kafir memang menolak hudud.
kenapa?
sebab mereka kafir.
tetapi orang islam sendiri menolak hudud.
kau rasa logik atau tidak?fikir.

tentang minyak.
kenapa kita perlu bezakan dengan negara jiran?
kenapa kita tidak bezakan dengan negara pengeluar minyak seperti arab?
negara jiran harga minyak lebih mahal dari malaysia. ya,betul.
kerana negara mereka tidak mengeluarkan minyak. memang patut harganya mahal.
ini malaysia,negara pengeluar minyak. kenapa harga tetap mahal?
negara arab juga pengeluar minyak. harga minyak 40sen seliter.
malaysia?datang shell tanya berapa seliter.

tentang kroni.
segala benda yang kita guna, dia mendapat keuntungan.
yang kaya siapa?dia. bukan rakyat.
rakyat tetap gunakan untuk keuntungan dia.
dari kita bangun dari tidur hingga kita nak tidur semula.

aku tak nak sebut siapa nama. parti mana. orang mana. kau kaji sendiri. kau telitikan benda yang kau anggap remeh. kau cari siapa dia. pasti kau akan rasa kesal seperti aku.

aku kecewa dengan orang hanya straight to the point.

No comments:

Post a Comment