Followers

Sunday, March 17, 2013

kehidupan dan masa depan.

assalamualaikum.
tentang title di atas. kenapa?
aku nak ceritakan sikit apa yang aku tahu dan apa yang aku nampak.
apa yang aku nampak dan apa yang aku fikirkan.
apa yang aku fikirkan itu untuk masa depan semua.

berapa ramai pendatang asing dengan izin(padi) dan pendatang asing tanpa izin(pati) masuk malaysia?
rata rata ramai yang tak tahu.
setakat yang aku tahu jumlah padi adalah dalam lingkungan 800k-2.7m seluruh malaysia.
tak kira yang pati pulak?
yang indon masuk naik bot tongkang. yang thailand naik sampan. yang filifina nya lain.
yang kemboja nya pulak. tak terkira kan?
pernah tak fikir apa akan jadi bila dah ramai macam ni?

aku kerja hantar peti ais, tv, mesin basuh.
kadang kadang aku hantar dekat tempat yang aku tak pernah tahu. padahal dalam kampung sendiri.
dalam tengah tengah sawit. ada perumahan. ada pondok pondok kecil.
siapa yang duduk? ada tak orang cina nak duduk tengah tengah sawit?melayu?india mungkin lah.
tapi bila aku dah sampai. kedengaran suara suara asing. loghat indon pekat. kemboja. filifina.
ini lah yang tak semua orang nampak.
hari ini duduk sawit. kaya sikit beli tanah.lepastu buat rumah. dah tu. menetap sampai mati.
orang mana? orang luar. bukan malaysian tau.
dah menetap. buat anak ramai ramai. jadi keturunan. kesan dia? ada otak kan.fikir.

hari ni kita ada parti biru, hijau, biru merah, roket dll.
hari ni siapa yang merintah? fikir sendiri.
ingat bangla masuk malaysia free apa?
berduit. duit tu pergi dekat siapa? kroni kroni dia lah.
siapa kaya?

sekarang punyalah senang dari kad merah jadi kad biru.
siapa yang buat tukarkan merah pada biru?
agak agak orang hulur duit. nak ambil tak? tipu lah kalau tak nak.
tahukan apa maksud aku.
andai kata padi ni dah mampu buat parti sendiri.
tak fikir dia akan mintak apa? kerakyatan mungkin.
andai kata parti dia makin kuat then menang undi.putrajaya ni padi pegang. agak agak ada lagi tak nama malaysia?
mungkin fikiran aku kelaut. tapi pernah tak fikir? negara sendiri tau?

unsur perniagaan.
setiap hari aku akan perasan ada gerai gerai yang baru bukak. bila baru bukak. mesti lah nak cuba rasa masakan dia. "ya dik, mau apa an?" aku dengar pun dah berbulu tau.
orang mana? 
hari ni bukak payong satu je. esok bukak meja pulak. lusa dah beli kedai sendiri.
orang mana? yang kaya siapa?

itu makanan. yang pakaian pulak?
"kak,tiga sepluh kak. tiga sepluh."
pasar kemboja orang biasa panggil. nama pasar pun dah tau siapa kongker.
aku selalu hantar barang dekat area kemboja.
jalan nak ke rumah tu memang teruk. tapi rumah diaorang. bukan rumah kemboja kalau tak de kronis.
mesti ade van untuk niaga. lagi tu lori dua biji untuk berniaga.
hari ni jual kain beralaskan cenvest. esok sewa kedai. lusa buat kedai sendiri. 
orang mana?

aku tak salahkan goverment. tapi aku tak puas hati.
yang kaya raya tu siapa? kalau melayu aku still bangga lagi. kalau india boleh tolak ansur. kalau cina boleh jadi share partner.
ni orang luar tau. orang luar yang percakapan diaorang kita langsung tak paham.
aku dah lama perhati je.

itu pasal orang luar.
orang kita pulak. bukan nak fikir negatif. aku pun melayu jugak.
tapi ni yang aku lihat. aku perhati. aku dengar. aku fikir. dan aku risaukan.
dari pengalaman sendiri dan pendapat orang sekeliling.
 andai budak tu tak sambung study. mesti kerjakan? kerja. dah berapa kali berhenti?
alasan. tak tahan panas lah. tak tahan maki lah. gaji kecil lah.
kau rasa layak tak orang yang malas study nak kerja starting gaji besar. ada aircond. tak de orang nak marah?
memang patut lah jadi kuli batak. pencacai cina. memang patut kena maki. gaji kecik.sesuai lah tu.
tapi tak mustahil gaji yang kecil boleh jadi besar. dulu kena maki sekarang maki orang. dulu panas sekarang duduk bawah aircond. tak mustahil.
yang study pula. berapa ramai anak orang susah yang masih nak sambung belajar?
ramai. duit mana?duit? pinjam. aku sendiri pinjam.
dapat study. dapat pinjam lagi. tapi sambung study.main main pulak.
duit pinjam masuk akaun. yang sorang keluarkan habis beli camera. sorang lagi buat motor. beli laptop tu perlu lah kot.
perlu ke camera mahal mahal? buat motor nak yang paling laju. laju laju pun ex5 je. naik highway melayang jugak.
dah habis beli camera, buat motor. tak de duit nak makan. call mak ayah. ok lah kalau tengah berkepok. kalau tengah kering? tak sakit mak ayah nya? mak ayah tak bank in kan lagi. 
pinjam kawan. ok lah kalau kawan bagi pinjam. yang kedek? hah. tak mampus kau?
dah susahkan mak ayah dari kecik. susahkan kawan lagi.jenis kwan senang faham ok lah.diri sendiri pulak yang susah nak membayar hutang. nak makan.
aku bukan kata orang. ini realiti. kadang kadang aku pon sama je. aku cerita dari pengalaman aku.
  
dah habis study. masuk alam kerja pulak. dapat kerja on the spot untunglah.
sekali graduate berapa ramai keluar? berapa ramai dapat kerja? berapa ramai menganggur.
yang dapat kerja gaji basic contohlah 1500. sama je dengan orang yang tak sambung study. kerja 3tahun gaji dah naik 1500. lagi yang tak sambung study tu tak berhutang dengan peminjam.
yang study confirm confirm kena bayar. tak bayar tak boleh keluar negara. teruk teruk nama blacklist.dah satu hal.
yang study tu melayu.makan gaji tau. tu yang jual makanan tepi jalan, yang jual kain tu agak agak makan gaji jugak ke? kita duduk negara sendiri tau. bukan merempat.

yang study tinggi tinggi master phd. keluar confirm gaji meletup. tapi berapa ramai yang sanggup?
jenis madah tak sabar nak anak je. study setahun berhenti. kenapa? ada anak. nak tanggung anak bini.
melayu tau. islam. lagi.
orang cakap. pandai makan pandai simpan.

boss kata. orang yang layak sambung study ni ada 2. satu dia memang anak orang kaya. bodoh bodoh pon ada duit mak bapak bagi suruh sambung blajar. lagi satu kepala hotak dia dah memang nak belajar sungguh sungguh.
study dah tinggi dah. tapi orang suruh buat itu,buat ini. tak tahu.
macam tak funtion kan?

apa yang aku cerita ni dari pengalaman, pemikiran, penglihatan dan perasaan aku sendiri.
jangan terasa. buka minda sikit.
so ada otak, ada akal, ada fikiran. dah boleh fikirkan sendiri.

assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment