Followers

Monday, November 28, 2011

shah alam..

shah alam selangor,,
satu tempat yang mungkin sibuk dengan hal hal dunie..

18.11.2011
aku tiba di kawasan ini pada 18.11.2011 bersamaan hari jumaat pada jam 
5petang..ketika aku sampai,hujan baru sahaja berhenti..
kelibat ramai orang yang sedang sibuk dengan kehidupan masing-masing.
aku duduk di kaki lima  sehingga abang ku datang menjemput ku untuk 
pulang ke rumah kakak ku di padang jawa,shah alam..

setibanya nya aku di rumah,abang ku terlupa bahawa kunci rumah tiada
padanya,lalu abangku membawa ku ke kedai minuman untuk memenuhi masa 
yang terluang dikala menunggu kakak ku pulang.sambil berehat di kedai
itu,aku juga dapat melayari internet supaya tidak terasa lama berada di
kedai tersebut.setelah beberapa jam aku disitu,aku pula pulang kerumah
kerana kakak ku sudah berada di rumah.

tidak sampai setengah jam aku di rumah,abang ipar ku terus mengajak aku 
ke SHAH ALAM ROYALE THEATRE kerana maharaja lawak mega akan berlangsung 
tidak lama lagi.lalu aku terus bersiap untuk ke sana.apabila kami tiba,
ramai orang berpusu-pusu menunggu di pintu dewan.aku berasa agak janggal 
dengan situasi sebegini kerana ini kali pertama aq akan menonton
siaran tv secara langsung.kami dilayan seperti VIP kerana kami dapat 
masuk ke dalam dewan lebih awal dari orang lain.

aku sungguh teruja dengan keadaan disitu kerana ramai artis yang 
terkenal berada dalam satu tempat yang sama.aku dapat melihat dengan
mata kepala ku sendiri apabila satu per satu artis yang hadir.
pertama,MAN-juara maharaja lawak 5,SITI NURHALIZA,
ZAINAL ABIDIN-jurulatih bola sepak negari pahang,YASIN,ENOT,DIDIE
ILYAS,AFLIN SYAUKI,ADLIN AMAN RAMLI,AC MIZAL,SOBRI-yang berlakon 
dakkolin dakkosi..dan ramai lagi.

apabila siaran tv itu tamat,,aku dapat bersalaman dengan mereka,
dan kami pulang ke rumah.

19.11.2011
keesokan harinya pula,kakak ku telah mengejutkan aku dari lamunan
mimpi-mimpi indah pada awal pagi.lalu aku terus ke bilik air dan 
menyiapkan diri untuk ke majlis graduasi anak sedara ku yang berumur 
tiga tahun.kami tiba dalam jam 8 pagi.kakak ku antara orang yang perlu
menyiapkan majlis tersebut untuk diraikan.aku sebagai seorang adik juga
harus bertanggungjawab untuk membantu kakak ku yang sedang sibuk.
setelah siap membantu kakak ku,tetamu mula hadir dan memenuhi ruang
kerusi yang ada,lalu aku dan abang ku mencari tempat untuk berehat
dikala majlis sedang berlangsung.

setelah tamat majlis,para tetamu dijemput makan dan dihidangkan dengan
pelbagai makanan.antaranya ialah steamboat,makanan panas,sejuk,
ulam-ulaman,makanan segara dan lain-lain.air minuman pula pelbagai warna
dan pilihan.pabila perut sudah kenyang,mata mula mengantuk,badan mula
berasa malas,kami mula teruskan perjalanan pulang ke rumah.

pada waktu malam pula,kami sekeluarga keluar untuk menikmati makan 
malam.sambil menunggu makanan sampai,aku dan kakak ku ke kedai dobi
untuk membasuh pakaian.pada malam itu juga perlawanan antara 
LIVERPOOOL VS CHEALSEA akan berlangsung.lalu kami pulang awal untuk 
menonton perlawanan tersebut di kedai yang berdekatan.
dan keputusannya LIVERPOOL menang 2-1 ke atas CHEALSEA.lalu kami 
pulang kerumah.

20.11.2011
pada hari seterusnya pula,aku bangun pada jam 11.30 pagi.
agak malas waktu itu kerana kakak dan abang ipar ku telah keluar
bekerja dan rumah sunyi sepi disamping aku dan abang ku masih tidur.
hari ku ini sangat bosan kerana tiada aktiviti yang ingin aku lalukan.
dan aku memenuhi masa ku di kedai minum sambil melayari internet 
sehingga malam.

21.11.2011
walaupun matahari telah menjelma,aku masih tidak bangun kerana masih 
lagi mengantuk.dan hari ini adalah hari dimana pasukan bola sepak
MALAYSIA akan menentang pasukan INDONESIA dalam perlawanan akhir 
bola sepak bawah 23tahun sukan sea.sejak jam 6petang abang ipar ku 
telah berada di kedai mamak seksyen 7 shah alam.pabila aku tiba,
terlalu ramai penyokong malaysia yang hadir untuk menonton perlawanan
akhir itu.kumpulan ALTRAS juga kelihat berada di situ untuk memeriahkan
keadaan.mereka menyanyikan pelbagai lagu untuk menyokong pasukan 
malaysia.gelas minuman yang kami minum habis musnah kerana sorakan
kami terlalu meriah sehinggakan meja yang kami gunakan terjatuh 
dan bersepah di saat pasukan malaysia menjadi juara setelah 
menewaskan pasukan lawan.dan mercun mula dibakar menandakan penyokong
malaysia meraikan kemenangan malaysia pada malam itu.aku berasa sungguh 
terharu kerana pasukan malaysia sangat bersemangat bermain sehingga 
penentuan sepakan penalti.dan kebanggaan aku ialah KHAIRUL FAHMI,
penjaga gol malaysia.dia adalah penyelamat negara.penyudahnya pula
BADROL BATHIA apabila sepakannya melepasi garisan gol.malam itu sungguh
bermakna buat aku dan penduduk malaysia.dan kami pulang ke rumah untuk 
berehat.

22.11.2011
pagi yang indah,keesokan harinya abang ku mengejut ku untuk 
menghantarnya ke TAMAN TUN DOKTOR ISMAIL,rumah kawan kepada abang ipar ku.
dengan keadaan diri yang kurang bersih,aku terus mencapai kunci motor 
dan helmet lalu membawanya ke sana.ketika menunggang motorsikal,aku
terlanggar side mirror teksi kerana ruang untuk aq lalui sangat sempit.
aku langsung tidak tahu selok belok jalan di shah alam ini.keadaan
jalan disini jauh berbeza dengan keadaan di johor dan situasi pejalanan
di sini tidak sama berbanding di johor.walaupun keadaan yang berbeza,
aku tetap meneruskan perjalanan untuk menghantar abang ku.jalan yang
bersimpang siur membuat aku keliru dengan perjalanan untuk pulang ke
rumah nanti.setelah sampai di kawasan TTDI,abang ku pun turun dari 
motor.lalu aku pulang ke rumah dengan keadaan yang agak keliru jalannya.
perjalanan demi perjalanan akhirnya aku sampai ke rumah.

apabila masuk ke rumah,,aku terasa bosan dan membuka tv lalu ku tidur
sehingga abang ipa ku pulang ke rumah.apabila aku terjaga,aku terus
membuka pintu rumah lalu abang ipar ku masuk.dan aku mencapai tuala lalu
aku terus mandi.setelah selesai mandi,aku menjamu makanan yang abang 
ipar ku bawa dari luar.apabila perut berasa kenyang,aku terfikir untuk
mengarang perjalanan aku di shah alam ini.lalu ku coret kan kisah ku 
disini.

sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment