Followers

Thursday, November 22, 2012

JITRA SEJUTA KENANGAN.

bakal meninggalkan tanah jitra dalam beberapa hari lagi.
7 bulan akan datang baru jejak kaki ke jitra semula.
permulaan yang kosong dan pengakhiran yang penuh kenangan.
persahabatan yang tak diduga.
pertemuan yang tak dijangka.

bissmillahhirrahmanirrahhim.
pertama kali menjejakkan tanah jitra.
pada JUN 2011.
melihat keadaan yang tak pernah dirasai.
terasa jitra tidak seperti johor bahru.

pertemuan yang tak diduga.
semester 1 yang mengindahkan.
satu bilik penuh dengan gelak tawa.
satu bilik keluar bersama.
satu bilik fly bersama kereta sewa.
satu bilik main game yang sama.
satu bilik lelapkan mata bersama.
satu bilik turun ke surau bersama.
satu bilik basking bersama.
itu yang terindah sehingga cuti semester 1.


persahabatan yang penuh warna warni.
semester 2 yang menyeronokkan.
dahulunya satu bilik.
kini satu rumah.
mencari angin petang bersama di tasik.
membantu disaat perlu.
menenangkan fikiran bersama di gunung.
di kolam renang.di tepi pantai.
menyambut hari kelahiran dengan telur dan tepung.
baju kau,baju aku. kami bersatu.
indah dimata. indah bila bercerita.
itu cara kami.






persahabatan yang takkan terputus.
semester 3 yang menggilakan.
dahulunya 6 orang. kini 10 orang.
lebih meriah.lebih bersepah.
malam minggu kami merempit.
malam minggu kami bermain futsal
pergi gym tidak berseorangan.kami berteman.
menghuru harakan timeline twitter bersama.
untuk menjadikan hari itu penuh dengan gelak tawa.
suara suara ini yang bakal dirindui kelak.


semester 4 bakal menyusul.

tinggal hari ini.esok dan lusa di
jitra.
jitra ini biasa.
tetapi kawan kawan, sahabat yang membuatkan jitra menjadi
luar biasa.
kerana kenangan menggambit sejuta kerinduan.

KAMI BUDDY'Z.
KAMI TAKKAN TERPISAH.!




No comments:

Post a Comment