Followers

Friday, November 2, 2012

aku mampu senyum..
aku mampu buat orang sekeliling ketawa..
aku mampu bergembira..
tapi itu luaran cuma..

aku mampu bagi semangat..
aku mampu buat orang sekeliling kuat..
aku mampu beri nasihat..
tapi itu perkataan sahaja..

realiti..
aku sorang sahaja yang merasa..
aku sorang sahaja yang tahu..
aku sorang sahaja yang fikir..

biarkan orang disekeliling suka dengan cara kita..
biarkan orang disekeliling selesa dengan cara kita..
biarkan orang disekeliling mudah berbicara dengan kita..
itu semua untuk menutup realiti sebenar..

tak kisah jika diri bersedih..
asalkan mereka gembira..
tak kisah jika diri kecewa..
asalkan mereka bahagia..
tak kisah jika diri papa kedana..
asalkan mereka sempuna..

sebenar-benar rasa..
aku pendamkan..
aku hitamkan..
aku sembunyikan..
agar kelak..
tiada siapa yang terluka..

Allah bersama aku.
assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment